Tingkat kualiti perkhidmatan - CUEPACS


KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam diminta meningkatkan kualiti perkhidmatan dan fokus terhadap tugasan masing-masing bagi membalas jasa kerajaan memberikan pelbagai faedah menerusi Bajet 2016. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata beliau berharap penjawat awam akan lebih fokus kepada tugasan dan pastikan hasrat kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada kerajaan dapat dicapai. Azih berkata, beliau amat terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana sedia memenuhi tuntutan CUEPACS terutama dengan menaikkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200. "Kerajaan juga bersetuju memberikan kenaikan satu tangga gaji lagi mulai Julai 2016 yang akan memberi impak besar kepada kenaikan pencen mereka nanti. "Semua penjawat awam akan mendapat faedah tanpa ada seorang pun terkecuali dan ini bermakna semua penjawat awam akan meningkat dua kenaikan gaji tahunan (KGT), pada tahun depan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini. Mengulas lanjut, Azih berkata beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan kadar pencen minimum daripada RM820 kepada RM920, mulai tahun depan. Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju mana-mana kakitangan kontrak yang berkhidmat selama 15 tahun diserapkan ke jawatan tetap. "Kerajaan juga bersetuju menaikkan imbuhan tetap perumahan minimum RM180 kepada RM300 berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016 dan terakhir sekali bantuan khas RM500 pada tahun depan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91296?m=1
Tag : NASIONAL
0 Komentar untuk "Tingkat kualiti perkhidmatan - CUEPACS "

Back To Top