Jasa dan sumbangan 6 Perdana menteri Malaysia.



1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, lebih di kenali dengan ‘Bapa Kemerdekaan’ atau ‘Bapa Malaysia’.

Kenapa Bapa Kemerdekaan? Kerana zaman nenek moyang kita dulu, beliaulah yang berusaha dan berunding dengan British dalam mencapai kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Tanpa pertumpahan darah dan berperang.

Kemudian, barulah wujud negara Malaysia setelah Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.

Tunku terkenal dengan semangat mengutuhkan perpaduan sesama kaum dan mementingkan pendidikan anak bangsanya. Segala cara di lakukan untuk mencapai maklamat tersebut.

Memandangkan Tunku sendiri seorang peguam, antara jasa besar yang di lakukannya seperti melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67).

Tetapi usaha itu tak bertahan lama. Waktu pilihanraya umum 1964, Tunku mengambil keputusan menyingkirkan Singapura dari Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Setahun selepas itu, tersahlah Singapura keluar dari Malaysia.

Kesan tindakan tersebut, berlakulah ketegangan antara kaum Melayu dan Cina. Akhirnya, tersurat lipatan sejarah rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.



2.Tun Abdul Razak


Berbeza dengan Tunku, Tun Abdul Razak lebih di kenali dengan gelaran ‘Bapa Pembangunan’. Beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970 waktu negara bermasalah dengan isu perpaduan kaum dan di landa kemiskinan.

Setelah apa yang di tinggalkan Tunku, Tun Abdul Razak menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan semangat perpaduan yang terpesong antara kaum.

Dari situ, beliau telah memperkenalkan prinsip Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun pertama pemerintahannya. DEB waktu itu bertujuan menyeimbangkan semula ekonomi dan pembangunan sosial yang sedang tenat.

Selepas itu, dapat di lihat tertubuhlah rancangan pembangunan. Bermula dengan Rancangan Pembangunan Malaysia dalam tempoh 5 tahun iaitu Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai back-up plan untuk DEB.

Seterusnya, Tun Abdul Razak menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 sebagai usaha meneruskan perjuangan Tunku Abdul Rahman. Di permulaannya MRSM turut memberi kuota 10 peratus kemasukan kepada pelajar kaum lain.

Memandangkan waktu itu negara berada dalam konfrontasi berdarah 13 Mei, Tun Abdul Razak telah menubuhkan parti Barisan Nasional untuk mengurangkan keredaan.  Parti Perikatan yang sedia ada juga di pisahkan kepada UMNO, MCA dan MIC.



3.Tun Hussein Onn


Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia kerana sakit Leukemia di London pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn mengambil alih jawatan perdana menteri sehari berikutnya.

Tun Hussein Onn di kenali sebagai ‘Bapa Perpaduan’ kerana jasanya dalam menegakkan keadilan. Selain dari pembangunan ekonomi yang di lakukan dengan menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar negara.

Pemimpin yang kurang kontroversi ini hanya sempat memerintah selama 6 tahun. Beliau telah meletak jawatan pada 16 Julai 1981 kerana masalah kesihatan.




4.Tun Dr.Mahathir Mohamad


Tun Dr.Mahathir terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pendapat inovatifnya. Ada ketika ideanya bersifat mendahului zaman yang jarang dapat di fikirkan oleh orang lain.

Banyak sumbangan yang telah di bangunkan. Antaranya seperti Dasar Pandang ke Timur, Penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.

Sebagai ‘Bapa Pemodenan’, pelbagai pembangunan dapat di lihat sehingga kini seperti pembinaan Litar Formula 1, Pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang mana menyaksikan kewujudan Industri Automobil Negara (Proton dan Modenas), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Transit Aliran Ringan (LRT), Putrajaya dan Cyberjaya.

Semuanya adalah daripada ideanya untuk melihat Malaysia maju dan bersaing di peringkat dunia dalam misi yang di namakan ‘Wawasan 2020′.




5.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Setelah 22 tahun pemerintahan Tun Dr.Mahathir, akhirnya jawatan tersebut di lepaskan dan 31 Oktober 2003 menyaksikan Datuk Seri Abdullah yang lebih di kenali dengan gelaran ‘Pak Lah’ mengambil alih tampuk kemimpinan sebagai pemimpin kelima negara.

Kebanyakkan pembangunan Datuk Seri Abdullah lebih di bayangi dengan program yang telah di lakukan oleh Tun Dr.Mahathir. Beliau hanya meneruskan apa  yang sedia ada.

Antaranya, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan usaha dalam memperbaiki mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan memperkenalkan konsep pusat sehenti. Tujuannya, supaya memudahkan orang awam berurusan dengan kerajaan.

Selain itu, memandangkan Datuk Seri Abdullah ‘expert’ dalam bidang Pengajian Islam, beliau telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari. Dari situ lahirlah pelbagai prinsip dan kod etika dalam menyebarkan dakyah konsep Hadhari.

Usaha tersebut boleh di anggap ‘gagal’ kerana sepanjang pemerintahan Datuk Seri Abdullah, masyarakat Malaysia tidak banyak berubah sama ada dari segi sosio-ekonomi mahupun peradabannya. Itu bertentangan sekali dengan konsep Hadhari yang di perkenalkan.

Ini mungkin juga kerana orang ramai hanya mengetahui ajaran agama Islam yang asal itu sendiri yang mana lebih bersifat universal dan syumul (menyeluruh).

Di samping itu, konsep Islam Hadhari ini kabur dan terus terkubur dengan sendirinya setelah Dato’ Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009.



6.Datuk Seri Mohammad Najib Abdul Razak


Setelah Datuk Seri Abdullah meletak jawatan, sudah 7 tahun Dato’ Seri Najib memerintah Malaysia sehingga kini. Beliau boleh juga di kenali dengan ‘Bapa Transformasi’. Kerana sistem pentadbiran yang ada pasti tidak akan lari dari konsep transformasi.

Antara idea beliau adalah memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan meningkatkan mutu kecekapan sektor perkhidmatan awam dan kerajaan. Di situ juga lahirnya ‘Key Performance Indicator’ (KPI) sebagai kayu ukur tahap pencapaian kakitangan.

Lain-lainnya seperti National Key Results Area (NKRA) untuk menangani pelbagai masalah jenayah, rasuah, pelajar, taraf hidup, infrastruktur asas di luar bandar, bekalan air, sistem pengangkutan dan kos sara hidup.

Selain itu, yang hangat di canang ialah konsep 1Malaysia. Jika mengikut tujuan dilaksanakan, 1 Malaysia bertujuan meningkatkan perpaduan yang sedia wujud yang merupakan tunjang kekuatan terbaik untuk di kekalkan ke masa hadapan.

Tetapi, kontroversi demi kontroversi melanda Perdana menteri Malaysia yang ke enam ini.Bermula dengan pemberian Br1m kepada rakyat yang tidak dipersetujui banyak pihak.

Kemudian, pelbagai janji yg dijanjikan ketika PRU13 kebanyakannya gagal dilaksanakan malah dilanggar dan dilupakan begitu sahaja sehingga pelabur luar ragu2 untuk melabur di negara ini.Selain itu, kenaikan harga barang yang melambung dan pelaksanaan cukai barangan(gst)serta kenyataan-kenyataan dari menteri-menteri yang nyata berat sebelah bagi rakyat mengeruhkan lagi keadaan. Kontroversi yang tidak henti melanda perdana menteri ini menyebabkan ekonomi dan nilai matawang negara Jatuh merudum.

Pada ketika artikel ini ditulis,terdapat kajian tentang sokongan kaum melayu kepada perdana menteri ketika ini hanya 31%.Diharapkan perdana menteri Malaysia yang ke enam Ini dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memulihkan kembali keadaan negara yang semakin menghimpit dan meruncing ini.










0 Komentar untuk "Jasa dan sumbangan 6 Perdana menteri Malaysia."

Back To Top