Kenali MyKad anda

SENARAI KOD NEGERI KELAHIRAN

Semua no kad pengenalan mempunyai tarikh lahir dan tempat lahir dan juga jantina pemilik kad pengenalan. .


Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.
 Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti siri nombor baru MyKad. 

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-
Johor 01,21,22,23,24 
Kedah 02, 25, 26, 27 
Kelantan 03, 28, 29 
Melaka 04, 30 
Negeri Sembilan 05, 31,59 
Pahang 06, 32, 33 
Pulau Pinang 07, 34, 35 
Perak 08, 36, 37, 38, 39 
Perlis 09, 40 
Selangor 10, 41, 42, 43, 44 
Terengganu 11, 45, 46 
Sabah 12, 47, 48, 49 
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53 
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57 
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58 
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16 
Negeri Tidak Diketahui 82 

Fungsi my kad juga ditambah 

Tag : FAKTA, NASIONAL
0 Komentar untuk "Kenali MyKad anda"

Back To Top