10 anime terbaik sepanjang zaman


Bagi penggemar anime(kartun dari negara jepun yang di dramakan), nama-nama seperti naruto,one piece,bleach dan banyak lagi sudah tidak asing lagi kerana jalan cerita yang sangat menarik di samping mempunyai watak-watak yang sangat memikat hati para pembaca.Di sini kami senaraikan anime-anime terbaik sepanjang zaman berdasarkan jalan cerita,watak-watak dan populariti yang diraih melalui kutipan terbanyak melalui anime(siri tv) dan manga(komik).

                                                                     1. Dragon ball Z


Dragon Ball Z (ドラゴンボールZ Doragon Bōru Zetto) ialah anime yang banyak memenangi anugerah dan merupakan adaptasi daripada separuh kedua ataupun 26 jilid terakhir manga Dragon Ball yang dikarang oleh Akira Toriyama, menjadikannya susulan kepada anime Dragon Ball. Huruf 'Z' asalnya dibubuh pada tajuk oleh Toriyama bagi anime, untuk menandakan anime ini sebagai bahagian penamat siri Dragon Ball.

Siri ini mengisahkan pengembaraan Goku yang dewasa bersama sahabat handainya untuk mempertahankan Bumi dan palnet-planet lain daripada ancaman pelbagai penyangak. Sementara anime Dragon Ball yang asal mengikuti kisah Goku dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa, Dragon Ball Z ialah kesinambungan zaman dewasanya, dan pada masa yang sama berselari dengan perkembangan dua orang anaknya, Gohan dan Goten. Perbezaan antara kedua-dua siri ini juga amat ketara kerana kisah Dragon Ball Z bernada lebih dramatik dan serius berbanding anime asalnya.

Pada Februari 2009, Toei Animation telah mengumumkan bahawa siri Dragon Ball Z akan ditayangkan semula sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 siri asal Dragon Ball Z. Dikenali sebagaiDragon Ball Kai, ia menjalani proses animasi semula untuk siaran HDTV, menampilkan lagu pembukaan dan penamat yang dikemaskini serta rakaman suara menggunakan seiyu(pelakon suara latar) asal.





2. One Piece



One Piece (ワンピース Wan Pīsu) atau popular dengan nama Budak Getah diMalaysia merupakan manga hasil karya oleh Eiichiro Oda. Ia mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yang belayar bersama-sama mengejar impian masing masing. Pada 14 Jun 2015, diumumkan bahawa Eiichiro Oda dan One Piece telah menerima anugerah Guinness World Records bagi "Salinan komik terbanyak".


Toei Animation menghasilkan siri televisyen anime berdasarkan bab-bab manga, juga bertajuk One Piece. Siri ini ditayangkan di Jepun di Fuji TV pada 20 Oktober 1999. Sejak itu, siri ini masih berterusan telah disiarkan lebih daripada 600 episod dan telah dieksport ke sebahagian negara di seluruh dunia.




                                                                           3. Naruto



Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43. Siri manga Naruto telah tamat sehingga bab 700 pada 3 November 2014 dan keluaran terakhir, jilid 72 pada Februari 2015. Siri anime Naruto pula telah diterbitkan oleh Pierrot dan Aniplex Inc., telah membuat kemunculan sulungnya di TV Tokyo. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama dan juga One Piece hasil karya Eiichiro Oda.




                                                                        4. Death Note



Death Note (デスノート Desu Nōto, diterjemah secara literal sebagai "Nota Maut") ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Tsugumi Ohba dan diilustrasi oleh Takeshi Obata. Siri ini tertumpu kepada seorang pelajar sekolah menengah yang ingin menghapuskan dunia kejahatan dengan menggunakan sebuah buku nota luar biasa yang membunuh sesiapa sahaja yang namanya tertulis di dalamnya.

Death Note bermula sebagai siri manga. Ia mula diterbitkan oleh Shueisha melaluiWeekly Shonen Jump bermula dari isu pertama pada Disember 2003 sehingga Mei 2006, berjumlah 108 episod kesemuanya. Siri ini diterbitkan dalam 12 jilid yang masih dalam proses penerbitan di Amerika Syarikat. Siri tersebut telah diadaptasi dalam 2 filem aksi (diterbitkan di Jepun pada 17 Jun 2006 dan 3 November 2006). Juga, sebuah novel adaptasi ditulis oleh penulis novel ringan,Nisio Isin, telah diterbitkan di Jepun pada 1 Ogos 2006.


Siri anime Death Note mula disiarkan di Jepun pada 3 Oktober 2006, dan dijadualkan akan ditayangkan sebanyak 37 episod. Berbeza dengan filemnya, siri anime menurut sepenuhnya jalan cerita di dalam manga dengan hanya sedikit pengubahsuaian rekabentuk watak dan aturan fakta, termasuklah babak yang tidak ditunjukkan di dalam manga. Ia juga ditetapkan pada tahun 2007 berbanding tahun 2003 di dalam manga. Siri tersebut disiarkan di saluran Nippon Television setiap hari Rabu pada pukul 12.56 tengah malam.

Setakat 10 Januari 2007, siri tersebut dilesenkan kepada VIZ Media bagi siaran diAmerika Syarikat termasuklah perkhidmatan "Muat Turun untuk Dimiliki" dan "Muat Turun untuk Disewa" semasa siri tersebut masih lagi disiarkan di Jepun, satu langkah yang disifatkan "signifikan kerana ia menandakan detik kali pertama anime Jepun dibenarkan untuk dimuat turun secara sah semasa masih disiarkan di stesen televisyen Jepun". DVD bagi siri tersebut akan dilancarkan dalam versi alih suara bahasa Inggeris, manakala versi muat turun pula kekal berbahasa Jepun dengan sari kata bahasa Inggeris. Maklumat mengenai DVD versi bahasa Jepun masih lagi tidak jelas. Tarikh pelancaran bagi kedua-dua versi tersebut juga masih belum diumumkan.



 5. Fairy Tail





Fairy Tail (フェアリーテイル Fearī Teiru) ialah manga daripada mangaka Hiro Mashima. Sirinya bermula di Majalah Shōnensejak 2 Ogos 2006 dan telah diterbitkan oleh Kodansha dalam 49 jilid tankōbon; bab-bab individu yang diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh Kodansha, dengan siri pertama diterbitkan pada 15 Disember 2006, dan jilid ke-49 diterbitkan pada 15 Mei 2015. Fairy Tail ini mengisahkan pengembaraan Lucy Heartfilia, seorang ahli sihir (魔導士madōshi), remaja yang menyertaipersatuan ahli sihir dan mewujudkan kumpulan diantara ahli persatuan itu iaitu Natsu Dragneel yang sedang mencari naga bernama Igneel.

Versi anime dihasilkan oleh A-1 Pictures danSatelight telah menayangkan 175 buah episod siri televisyen di saluran TV Tokyo sejak 2009. Studio A-1 Pictures juga telah menghasilkan empat animasi video original (OVA) dan filem animasi, Fairy Tail the Movie: The Phoenix Priestess, dan OVA yang ke-5 untuk sekuel pendek selepas filem animasi. Siri Fairy Tail sebenarnya telah tamat pada episod 175 di Jepun (30 Mac 2013).Walaubagaimanapun sehari selepas tamat episod, Hiro Mashima pelukis manga ini mengisytiharkan dalam Twitternya bahawaFairy Tail akan disiarkan semula mulai Episod 1 di TV Tokyo 6 dan bertajuk Fairy Tail Best! pada 4 April 2013 dan ditayangkan pada setiap hari Khamis pukul 5.30 petang.Pada 11 Julai 2013, Mashima mengumumkan sekuel anime dapat lampu hijau. Pada 28 Disember 2013, beliau mengumumkan sekali lagi tarikh sebenar sambungan anime pada April 2014. Lagi sekali dalam Majalah Shōnen Mingguan pada isu ke-13 bagi tahun 2014 telah menyatakan tarikh sebenar anime akan disambung pada 5 April 2014, setiap hari Sabtu pukul 10.30 pagi (JST) di TV Tokyo 6. Studio Satelight digantikan dengan studio Bridge.

Siri ini telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Melayu di Malaysia oleh Comic House. Lima belas jilid berbahasa Melayu telah diterbitkan sejak April 2015. Di Malaysia, anime disiarkan pada hari Khamis pukul 7:30 petang di Ntv7; juga bersiaran di Animax saluran Astro 715 sejak 2010 hingga 2015 sebanyak lima musim setiap Sabtu dan Ahad, empat episod berturut-turut pada pukul 7.30 malam; dan juga bersiaran di 8tv setiap hari Sabtu pada pukul 3 petang.



6. Naruto Shippuden





Naruto: Shippūden merupakan siri anime Naruto yang diadaptasikan daripada bahagian kedua siri manganya, di mana ianya berlaku dua tahun setengah selepas insiden Sasuke Uchiha melarikan diri dari Konohagakure dan menyertai Otogakure.Naruto Uzumaki yang kini di bawah tunjuk ajar salah seorang ninja Sannin bernama Jiraiya. Siri anime ini masih bersiaran secara langsung di Jepun kerana masih lagi belum tamat.

Melalui plot ini juga meyaksikan kemunculan sepenuhnya musuh baru dalam siri Naruto iaitu organisasi Akatsuki.



7. Bleach






  Bleach ( ブリーチ Burīchi, dieja dan ditulis sebagai BLEACH di Jepun) merupakan sebuah siri manga Jepun, ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo, yang telah muncul dalam majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001.

Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukiashinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut"). Bahagian awal kisah Bleach bertumpu khas buat watak-wataknya. Apabila kejadian demi kejadian berlalu, dunia disebalik alam dewa-dewa maut ini dibuka dan dijelaskan dengan lebih mendalam.

Siri manga Bleach telah diadaptasikan menjadi sebuah siri animasi TV, dua buah OVA, empat buah filem, sebuah muzik "rock", beberapa judul permainan video dan sebuah permainan koleksi kad. Jualan jilid-jilid kompilasi manga Bleach telah mencecah lebih 40 juta unit di Jepun, dan telah mencapai jualan tertinggi di carta jualan manga di Amerika Syarikat. Siri manga ini telah memenangi Shogakukan Manga Award untuk genre shōnen pada tahun 2005, dan siri animasinya telah dicalonkan untuk beberapa anugerah American Anime Awards.



                                                 8. Fullmetal Alchemist : Brotherhood




Fullmetal Alchemist (鋼の錬金術師 Hagane no Renkinjutsushi, "Ahli Alkimia Keluli"), (singkatan FMA atau Hagaren), merupakan siri manga hasil karya Hiromu Arakawa yang telah diadaptasikan kepada bentuk siri TV and filem anime, serta beberapa novel dan permainan video susulan.

Manga FMA masih diterbitkan di Jepun, dan sehingga kini 15 jilid telah dikeluarkan. Namun bentuk animenya, sebaliknya, sudah tamat siaran setelah 51 episod serta sebuah filem susulan. FMA telah meraih sambutan amat hangat di Jepun, Asia dan Amerika Utara; animenya diundi sebagai anime #1 paling digemari sepanjang waktu di Jepun dalam undian web anjuran TV Asahi pada September 2005. Anime ini juga berjaya mempertahankan kedudukan #1 dalam undian terbaru pada tahun 2006.



9. Code Geass




Code Geass: Lelouch of the Rebellion adalah anime terkenal hasil kerja sama studio Sunrise dengan CLAMP. Anime ini ditayangkan pada 5 Oktober 2006 - 28 Julai 2007. Musim 2 dari Code Geass, Code Geass: Lelouch of the Rebellion R2 telah ditayangkan pada  6 April 2008-8 September 2008.

Code Geass juga telah diserialisasikan menjadi manga yang dibahagi menjadi tiga bahagian iaitu: Code Geass Lelouch of the Rebellion, Suzaku of the Counter Attack danNightmare of Nunally.




10. Attack on Titan








0 Komentar untuk "10 anime terbaik sepanjang zaman"

Back To Top