Bila masa UMNO tolak hudud? – Md Alwi

PETALING JAYA : UMNO mempersoalkan sikap Pas mendesak penerimaan hudud sekiranya mahu meneruskan kerjasama.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyatakan, parti itu tidak pernah menolak hudud dan sebaliknya yang menolak adalah sebahagian daripada ahli Pas yang kini telah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)

“Bila masa UMNO tolak hudud..Dr Mahfodz ni..sedar ke tak sedar??yang tolak hudud adalah sebahagian ahli Pas sendiri. Sekarang (mereka itu) dah masuk Amanah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa UMNO perlu menerima hudud jika serius mahu kerjasama dengan Pas menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Md Alwi turut ditanya adalah parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) menerima hudud yang ingin dibawakan oleh Pas itu.

“Hudud tak kena kepada bukan Islam,” katanya ringkas.
Kredit kepada FMT
0 Komentar untuk " Bila masa UMNO tolak hudud? – Md Alwi"

Back To Top