Tajaan perkahwinan artis : Berbaloi ke?

                          Wedding of the year


No 5 - Asmawi Ani & ekin - 20 December 2008
Nilai tajaan 5 juta (2.5 juta barang kemas)

Tajaan penuh Astro (RM5 juta)

Mendapat hadiah berbentuk tajaan hebat bernilai RM5 juta daripada Astro, Asmawi Ani (Mawi) dan Nora’shikin Rahmat (Ekin), selamat diijabkabulkan pada 20 Disember 2008 dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis.

Hadiah itu merangkumi liputan menyeluruh secara langsung majlis pernikahan dan persandingan penyanyi popular itu yang akan dipancarkan ke seluruh negara termasuk tajaan lokasi, pengurusan acara dan pelbagai kos penganjuran lain.

Memilih lokasi resepsi di Palace of The Golden Horses, perkahwinan ini turut disenaraikan sebagai 'Wedding of the year' dan mendapat tajaan besar termasuk syarikat kain terkenal, Jakel Trading.

Malah, Ekin turut menyarungkan persalinan kain jenis Valentino dibawa khas dari Itali berharga RM60,000 dan, Lace Marco Lagatolla Italian Beaded Swarovski dengan kombinasi, Crepe Morrocan Italian Harvey berserta Satin Shamus Rivoli French Chiffon yang bernilai
RM65,000.

Sementara Mawi pula mengenakan sut rekaan daripada pereka terkenal Bon Zainal dengan kain jenis Italian Linen Ermenegildo Zegna dan Dutches Satin Valentino yang bernilai RM15,000.

Habib Jewels pula menaja cincin perkahwinan Mawi-Ekin yang berharga RM276,100 dan set barangan kemas sepanjang perkahwinan yang nilainya mencecah RM2.5 juta.

Bukan sahaja majlis perkahwinan, syarikat jualan DCL, juga turut menaja pasangan ini berbulan madu.

No 4 - Ezlynn & Adam Fahmy Shamsudin
Nilai tajaan 12 juta (4 juta barang kemas)

Sama seperti pasangan selebriti, Memey Suhaiza dan Norman Hakim, perkahwinan penyanyi, Ezlyn juga turut ditaja Rafflesia.

Dalam majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza itu, Ezlyn mengenakan gaun dan barangan kemas bernilai hampir RM 12 juta.

Di samping itu, selebriti cantik, Neelofa yang terkenal dengan perniagaan, Neelofa Heels, turut mereka bentuk kasut yang dipakai Ezlynn.

Gaun Ezlyn yang berwarna kuning keemasan mencecah RM 400,000, manakala kasutnya pula bertatahkan mutiara hitam Tahiti serta mutiara putih Laut Selatan.

Barangan kemas pula bernilai RM3 hingga 4 juta manakala sebutir mutiara mencecah RM80,000.

Pengantin lelaki pula disediakan sut dari tajaan, Lord's Tailor.

No 3 - Norman Hakim & memey Suhaiza - 28 September 2011
Nilai tajaan RM 12 juta

Majlis resepsi pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, yang diadakan pada tanggal 28 September 2011, berlangsung dengan penuh mewah.

Menelan kos hampir RM12 juta, majlis yang dikatakan 'Wedding Of The Year' itu bertemakan ‘New York in Black & White’ dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 200 orang tetamu yang terdiri daripada rakan artis dan wakil media.

Bertempat di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur, Memey mengayakan gaun pengantin rekaan Vera Wang dibeli khas dari Hong Kong, manakala kasut pula ditaja oleh pereka kasut terkenal, Jimmy Choo dan dihiasi dengan dua set rantai Rafflesia White South Sea
Pearls dan Rafflesia Golden South Sea Pearls tajaan Rafflesia.

Norman Hakim pula ditaja oleh Cosmopolitan dan Bohemian suit dari Lords Tailor.

Malah, Memey turut diapit pelakon cantik Miera Liyana, Julia Ziegler, Eina dan Fathia manakala Norman Hakim pula diapit Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua pelakon Indonesia Didi Riyadi dan Samuel Rizal..

Menariknya, kesemua baju, barang kemas dan kek perkahwinan yang digunakan dalam majlis perkahwinan pasangan itu turut dipamerkan di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember 2011.


No 2 - Siti Nurhaliza & Datuk K - 21 Ogos 2006
Nilai tajaan 12 juta

Salah satu majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung dalam sejarah Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006 tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.

Mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta penonton seluruh negara.

Pada tahun 2010, E! News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan  Selebriti Ketiga Yang Paling Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.



No 1 - Cek ta & Zain Saidin (11 December 2013)
Nilai tajaan 13 juta (10 juta barang kemas)

Dengan penajaan yang bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che Wan dan teman pelakon beliau, Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar sebagai “perkahwinan yang paling mewah di tahun tersebut”.

Penajaan termasuk barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.

Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.

Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.



Dan yang bakal menjadi wedding of the year

Sam & Shatilla Melvin-
Nilai tajaan 25 juta (20 juta barang kemas)
Tag : HIBURAN
0 Komentar untuk "Tajaan perkahwinan artis : Berbaloi ke? "

Back To Top