Gunners hantar mesej pada pesaing


ARSENAL menjadikan modal kemenangan ke atas Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini sebagai amaran buat pesaing mereka di Liga Perdana Inggeris.

Menurut Theo Walcott, kemenangan 2-0 itu menjadi pembakar semangat buat The Gunners untuk berdepan perlawanan seterusnya.

“Pada ketika ini, kami telah dilihat sebagai pasukan yang kuat.

“Kami mahu mengekalkan prestasi ini walaupun sebelum ini kami berdepan dengan banyak tekanan,” katanya.

Tengah malam ini menyaksikan Arsenal yang berkedudukan kedua liga dengan 19 mata akan berdepan Everton di Stadium Emirates.


Tag : GLOBAL, NASIONAL
0 Komentar untuk "Gunners hantar mesej pada pesaing"

Back To Top