Hammers berhajat 'ketuk' Blues


WEST Ham United berhajat untuk terus meletakkan Chelsea di kedudukan bawah liga dalam pertemuan kedua-dua pasukan, malam ini.

Setakat ini, The Hammers menghuni tangga keempat dengan 17 mata, manakala The Blues di kedudukan ke-12 dengan 11 mata.

“Ini adalah waktu terbaik untuk menentang Chelsea yang mengharapkan hasil positif dalam saingan liga.

“Ini bukan perhitungan saya dengan Jose Mourinho tetapi antara West Ham dengan Chelsea,” kata pengendali Hammers, Slaven Bilic.

Daripada jumlah 17 mata yang diraih Hammers, sembilan mata mereka diperoleh daripada tiga perlawanan besar di tempat lawan menentang Arsenal (2-0), Liverpool (3-0) dan Manchester City (2-1).


Tag : GLOBAL, SUKAN
0 Komentar untuk "Hammers berhajat 'ketuk' Blues"

Back To Top