hukum memutuskan pertunangan




Jika pertunangan diputuskan kerana akhlak bakal pasangannya tidak baik, maka digalakkan oleh syarak untuk memutuskannya bagi menjaga keselamatan dan kebahagiaan rumah tangga daripada bercampur aduk dengan kerosakan akhlak.



Sesungguhnya menjaga akhlak dan membina keluarga dengan akhlak mulia ditekankan oleh syarak, kerana Nabi s.a.w mengajar bagaimana mencari pasangan hidup dengan memilih orang yang mempunyai akhlak mulia dan berpegang teguh kepada agama.





أَخْبَرَنَا صَدَقَةُ بْنُ الْفَضْلِ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِلدِّينِ وَالْجَمَالِ وَالْمَالِ وَالْحَسَبِ فَعَلَيْكَ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَلِيِّ بْنِ مُسْهِرٍ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا الْحَدِيثِ

Wanita dinikahi karena empat hal, yaitu; karana agamanya, kecantikannya, hartanya & keturunannya. Maka carilah yg baik agamanya, nescaya engkau akan beruntung. Telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin 'Uyainah dari Ali bin Mushir dari Abdul Malik dari 'Atha` dari Jabir dari Nabi dgn hadits ini. [HR. Darimi No.2076].

tetapi jika memutuskan pertunangan kerana semata-mata ada lamaran orang kedua yang lebih berharta dan berpangkat , maka HARAM disisi Allah swt.
Tag : AGAMA
0 Komentar untuk "hukum memutuskan pertunangan"

Back To Top