Adakah Harus Orang Hidup Menderma Organ Tubuhnya


Sebagaimana dengan harta, semuanya adalah milik Allah swt sebagaimana yang diisyaratkan dalam firman Allah 


وَ آتُوهُمْ مِنْ مالِ اللهِ الَّذي آتاكُمْ 

terjemahan: 

dan berikanlah kepada mereka sebagian daripada harta Allah yang telah dianugerahkan Tuhan kepadamu
 An-Nur 42:33

Allah memberikan manusia memiliki harta ini dengan membolehkannya mengurus dan menjadikanya khusus. Maka sebagaimana dibolehkan manusia menderma sebahagian daripada hartanya bagi kegunaan orang lain yang memerlukanya, begitu juga dibolehkan manusia menderma sebahagian organ tubuhnya kepada orang lain  yang memerlukan. Cuma bezanya dengan harta, ialah manusia dibolehkan menderma semua hartanya, tetapi tidak dengan organ tubuhnya, tidak boleh mendermakan semuanya.

Orang yang hidup boleh mendermakan salah satu buah pinggangnya bagi menghilangkan kemudaratan orang lain yang menderita kerana buah pinggangnya tidak berfungsi. Begitu juga boleh mendermakan sebahagian hati bagi menghilangkan kemudaratan orang lain. 
Wan Hafizam mendermakan sebahagian hati beliau kepada adik Mohd Afiq

Walaubagaimanapun , tidak harus menderma organ tubuhnya yang boleh memudaratkan diri sendiri . Jesteru itu, tidak harus seseorang menderma organ tubuhnya yang zahir, seperti mata, tangan dan kaki meskipun boleh membantu orang yang memerlukannya, namun ia memudaratkan diri sendiri, Tidak Harus mendermakan mata jika masih hidup, ini kerana akan memudaratkan diri sendiri,


Tag : AGAMA, PENDIDIKAN
1 Komentar untuk "Adakah Harus Orang Hidup Menderma Organ Tubuhnya "

The Casino in Michigan - Dr. MD
The casino in Michigan is located at 11011 Boulder Ave. near 양주 출장안마 the Casino at Lakeside. This casino 남원 출장마사지 is part 대전광역 출장안마 of Michigan's 진주 출장안마 Casinos and Entertainment 광명 출장샵 Industry. The casino's 1,900 room

Back To Top