Singapura Haramkan vape




Kementerian kesihatan Singapura akan menguatkuasakan pengharaman produk tembakau baharu termasuk rokok electronic  atau vape di negara mulai esok.
 Laman Web Channel News Asia melaporkan, kementerian kesihatan Singapura telah mengharamkan dari Jun, penguatkuasaan peraturan itu akan dilaksanakan dalam dua peringkat.
“Produk yang terlibat dalam pengharaman tersebut masih belum berada di pasaran Singapura. Tindakan ini akan memastikan produk berkenaan tidak bertapak atau menarik perhatian di sini (republik ini) yang mungkin menjadi pencetus peningkatan permintaan dan penggunaan tembakau. 
Kementerian itu berkata, produk yang terlibat dalam fasa pertama termasuk rokok dan rokok tidak berasap, sebarang produk nikotin atau tembakau yang boleh ditanam atau disuntik ke mana-mana bahagian badan, selain sebarang bahan melibatkan tembakau atau nikotin yang bertujuan digunakan bersama nikotin elektronik. 

“Pengharaman produk berkenaan akan dikuatkuasakan mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Pengiklanan dan Jualan Tembakau.

“Mereka yang didapati melanggar pengharaman berkenaan boleh dikenakan denda sehingga S$20,000 (RM61,328) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-dua sekali,’’ kata kementerian itu.

Kementerian itu berkata, fasa kedua pengharaman berkenaan akan melibatkan produk tembakau yang sudah berada dalam pasaran tempatan dan akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun depan.

“Ia termasuk produk bahan tembakau yang disedut melalui hidung dan mulut, produk gutkha, khaini dan zarda,’’ kata kementerian berkenaan.

Kredit utusan online. ..
Tag : GLOBAL
0 Komentar untuk "Singapura Haramkan vape"

Back To Top