Terbebankah Guru?



Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 

Hari ini, tugas guru banyak dihabiskan menyediakan fail, menilik data, menyimpan statistik. guru juga bekerja mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan peperiksaan, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.

Katanya, guru di negara ini sudah lama mengeluh kerana kerja banyak dan dihimpit kos sara hidup.

Namun, ada pula Timbalan Menteri yang menyarankan supaya melakukan  dua kerja 




Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Dalam penjelasannya, Ahmad Maslan berkata saranan itu lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri kerana pekerja tetap perlu mematuhi peraturan syarikat.

Katanya, pekerjaan yang dimaksudkan ialah perniagaan atas talian atau e-commerce yang boleh dilakukan pada waktu malam dan hujung minggu.







0 Komentar untuk "Terbebankah Guru?"

Back To Top